Aku pun order la satu Acer dan bila mai hari nak siap, iaitu kelmarin, aku pun beli satu backpack untuk laptop tu pasai aku memang tak suka beg laptop yang depa dok bagi selalu. Alah backpack koman punya la, aku beli di Campbell street. Harga pun 55 saja.
Semalam lebih korang jam 9 aku pun pi la kedai tu nak ambik laptop aku. Aku dok tunggu lama jugak untuk depa set up access point aku untuk aku guna di rumah. Aku pun dok lapaq dan bini aku pon dok resah tunggu lama so aku habaq kat orang tu yang aku nak pi makan dulu.
Aku ambik balik backpack aku tu. Bini aku kata toksah tapi aku takut kot-kot hilang pasai kedai tu jugak beroperasi sebagai cybercafe.
Aku boh beg tu di seat belakang dan kami pi ke MacD di Sungai Dua dekat USM. Di depan takdak tempat so aku park la di belakang. Kami masuk makan dan sembang dan keluaq.
Aku nampak lampu dalam kereta aku menyala dan lampu signal dok kejit. Aku ingat aku tutup pintu kereta aku tak rapat so aku pi la tengok kot kot ada pintu tak rapat. Memang betoi pun pintu belah driver tu yang tak rapat so aku bukak dan masok dan ingat takdak apa la.
Lepaih tu bini aku tanya mana backpack? Aku tengok memang dah takdak. Musibatul, ada penyagak dah pecah masuk kereta aku dan ambik backpack tu. Dia ingat ada laptop kot so dia sebat la beg tu. Pdan muka dia dan muka aku.
Padan muka dia pasai dia dapat beg cokia yang kosong dan padan muka aku pasai dah la hilang beg, kunci depan belah driver dan rosak pasai dajai tu tolak sampai masuk kedalam.
Aku pi balik kedai dan beli satu backpack lain. Yang paling morah ada di kedai tu harga 88. Padan muka aku lagi pasai tak dengaq cakap bini aku. Last-last sekali access point tu pon tak siap dan aku balik dengan laptop saja dan kerugian 55 pasai beg kena curi, 88 pasai kena beli beg lain dan entah berapa lagi nak tukaq kunci kereta aku.
Pandai dak aku? Apa pon, hampa dok baca post yang ditaip di laptop baru aku yang harga dia lani lebih mahai dari yang di rancangkan.
The moral of the story? Jangan dok memandai sangat. Kadang-kadang dengaq la jugak cakap orang. Tengok sapa rogi lani.