Monday, February 23, 2009

Ikrar Suruhanjaya baru

Up!

Maka kami berikrar akan mencurahkan taat setia kepada negara kami. Kami bersumpah (ala Saiful) akan sentiasa menjaga kepentingan pemimpin-pemimpin puak SARKAS kami.

Kami berjanji bahawa setiap salah laku oleh pemimpin-pemimpin kami akan kami lindungi dengan nyawa kami.

Kami berjanji akan sentiasa berlaku adil kepada pemimpin-pemimpin kami.

kami berjanji tidak akan membenarkan mana-mana pihak menggugat kedudukan pemimpin-pemimpin kami.

Kami berjanji bahawa setiap pemimpin kami yang baru yang belum kaya akan diberi segala bantuan untuk memperkayakan diri mereka sehingga cukup untuk menampung 7 generasi mereka.

Bantuan ini juga akan kami panjangkan kepada kroni-kroni dan ahli keluarga pemimpin-pemimpin kami.

Di samping itu, kami berikrar akan sentiasa tegas dengan kerani-kerani dan konstabel-konstabel yang rasuah.

Kami akan mengejar mereka hingga ke lubang cacing walaupun lubang itu berada di Mongolia.

Kepada ahli-ahli pembangkang, kami akan sentiasa mengawasi mereka dan meniliti hidup mereka. Sekiranya tiada apa-apa perbuatan salahlaku kami berjanji akan menggunakan segala tenaga, usaha dan kepintaran kami untuk mewujudkan salah-laku yang akan membolehkan mereka didakwa.


7 comments:

Anonymous said...

Tapi dengan syarat, kalau ahli keluarga kami kantoi seperti kes bawa video seks kanak-kanak, kerajaan kena tolong... you garu kami punya belakang, kami garu you punya belakang

D'ayo

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Tambah lagi Cikgu:

Kami, keseluruhan apa-nama-dahulunya-BPR, juga berikrar bahawa segala rasuah yang ditujukan kepada kami akan dirampas dan diserahkan kepada mana mana ahli Sarkas atau sukusakat depa yang belum kaya, atau tidak empunyai kedudukan untuk menerima rasuah yang setimpal; setiap sen akan diberikan kepada mereka tanpa sebarang bantahan dari kami. Jika ada, maka kami akan memfitnah pegawai atau kerani kami itu dengan pelbagai tuduhan yang tidak munasabah.

Kerp (Ph.D) said...

maka kami berikrar atas nama baru kami MACC akan tetap berperangai lama.

D'ayo said...

SELAMAT BEREHAT...

D'ayo said...

Selamat Berehat...

Anonymous said...

bawak la beristighfar...jgn la asyik nak buruk sangka buruk dan berfitnah.

Unknown said...

Anonymous,
Kalu tak suka, jangan mai, bukan aku jemput pon.

 

Design by Amanda @ Blogger Buster