Sunday, June 14, 2009

Sunday, March 15, 2009

Plak

Majlis Bandaraya Ipoh dah bok keluaq satu arahan yang sangat penting untuk Negeri Perak dan Malaysia. Plak yang kerajaan PR Perak boh elok-elok bawah pokok tu mesti dimusnahkan.

Depa kata "pembinaan plak itu menyalahi Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam". Bila aku baca ni aku rasa betoi jugak tindakan MBI ni.

Awat Nizar ni tak tau ka di bawah pokok tu ada runway baru untuk lapangan terbang Perak. banyak kapai terbang dok berlepas dan mendarat. Kalu terkena plak tu tak ka rosak plak tu pulak, biaq pi la kat kapai terbang tu, kalu rosak depa buleh beli lain.

Plak tu jugak depa bina betoi-betoi ditengah jambatan yang terpanjang di bumi. Tak elok la, kalu masa depa dok bawak kereta depa berhenti nak bergambaq dengan plak tu di tengah jambatan.

Dah la tu, semua pengunjung ke shopping kompleks terbesar di dunia yang terletak di bawah pokok tu terpaksa berhati-hati bila bawak kereta di situ pasai takut terlanggaq plak tu.
Bukan saja ganggu plak tu kacau lalu lintas disitu, awat kerajaan PR tak tau ka dibawah kawasan plak tu ada satu nuclear reaktor rahsia yang BN buat dulu untuk projek peluru berpandu rahsia kita? La peluru berpandu yang teknologi dia Russia dan Amerika berebut-rebut bak curi tu.

Awat depa tak tau ka yang semua satelit kita yang kita hantaq ke Bulan, Marikh dan Matahari dilancarkan daripada bawah pokok tu? Kan leceh untuk roket-roket kita kalu kena ubah tempat. Di situ dah tedoh elok dah.

Apalah PR ni macam tak paham saja. Ni semua benda-benda strategik, kita kena jaga. Aku cadangkan, kita buboh saja plak tu di depan State Secretariat.

Monday, February 23, 2009

Ikrar Suruhanjaya baru

Up!

Maka kami berikrar akan mencurahkan taat setia kepada negara kami. Kami bersumpah (ala Saiful) akan sentiasa menjaga kepentingan pemimpin-pemimpin puak SARKAS kami.

Kami berjanji bahawa setiap salah laku oleh pemimpin-pemimpin kami akan kami lindungi dengan nyawa kami.

Kami berjanji akan sentiasa berlaku adil kepada pemimpin-pemimpin kami.

kami berjanji tidak akan membenarkan mana-mana pihak menggugat kedudukan pemimpin-pemimpin kami.

Kami berjanji bahawa setiap pemimpin kami yang baru yang belum kaya akan diberi segala bantuan untuk memperkayakan diri mereka sehingga cukup untuk menampung 7 generasi mereka.

Bantuan ini juga akan kami panjangkan kepada kroni-kroni dan ahli keluarga pemimpin-pemimpin kami.

Di samping itu, kami berikrar akan sentiasa tegas dengan kerani-kerani dan konstabel-konstabel yang rasuah.

Kami akan mengejar mereka hingga ke lubang cacing walaupun lubang itu berada di Mongolia.

Kepada ahli-ahli pembangkang, kami akan sentiasa mengawasi mereka dan meniliti hidup mereka. Sekiranya tiada apa-apa perbuatan salahlaku kami berjanji akan menggunakan segala tenaga, usaha dan kepintaran kami untuk mewujudkan salah-laku yang akan membolehkan mereka didakwa.


Saturday, February 21, 2009

Daghai tetap daghai

Kalu lah kita pi di kandang babi, katakanlah, di negeri sembilan dan ambik sekoq babi dan bawak babi tu pi ke New York ka, Itali ka, Paris ka, Tokyo ka dan jumpa dengan pakar bedah plastik yang terbaik di dunia dan bagi dia melalui pembedahan yang paling extensive dan kemudian kita bawak pulak babi tu pi jumpa dengan pakar solekkan yang paling dasyat di dunia yang buleh buat badak ayaq tukaq wajah jadi Angelina Jolie, adakah babi itu akan bertukar jadi manusia?

Jawapan dia tentulah tidak. Babi kalau dibuat apa-apa transformasi tetap babi jugak. Binatang itu tetap haram di sisi Islam. Kita tak buleh pegang, kita tak buleh makan, kita tak buleh guna kulit dia dan kita tak buleh buat apa-apa keuntungan dengan dia. Menatang tu tetap babi.

Lani kita tengok kita punya BPR yang umum tahu memang bacoi, tak dak teloq, hanya tau ambik tindakan kat pegawai-pegawai rendah,;yang hanya tau tangkap orang yang rasuah beberapa ratus ringgit atau beberapa ribu ringgit atau beberapa belas ribu ringgit atau beberapa puluh ribu ringgit, dan kita tengok transformasi yang dilaluinya. Daripada ACA dalam Bahasa Inggerisnya badan ini telah bertukaq menjadi MACC. Daripada 3 huruf dah jadi 4 huruf, daripada hanya sebuah agency telah menjadi sebuah commission.

Adakah BPR sudah berubah? Adakah BPR sudah mula ada taring? Adakah BPR sudah ada teloq? Adakah BPR sudah hudup pucuknya? Adakah BPR sudah menjadi jantan dengan transformasi ini?

Jawapannya jelas kita lihat dengan kes, politik di Kedah di mana laporan tidak diendahkan. Jawapannya dapat kita lihat di Selangor di mana lembu dan kereta menjadi bahan.

Maaf tuan-tuan dan puan-puan MACC masih lagi tak bertaring, masih lagi tak berteloq, masih lagi mati pucuk dan masih lagi darai.

Friday, February 13, 2009

Pilihanraya kecik

Akhirnya depa dah tetapkan tarikh pilihanraya kecik untuk kedua-dua tempat tu. Ingat ka depa nak try tangguh ke abad depan tapi aku rasa depa congak punya congak tak buleh.

Yang bestnya tentang pilihanraya kecik kali ni ialah tarikh dia, 7hb April pada hari Selasa. Aku pun tak tau macam mana anak-anak haram jadah ni dapat tarikh tu.

Kalu bsorang yang dok jauh susah nak balik pasai dia kena ambik 2 hari cuti, bukan sehari. Kalu dia balik sampai pada hari tu jugak memang dia silap la pasai depa nanti buat punya la banyak road-block sampai nyamok pun tak buleh masuk.

Aku nak bagi nasihat sikit la kat anak-anak haram jadah ni. Kami bukan la buta sangat, kami tau kerja hampa yang macam musibat tu. Lani aku bagi satu cadangan kat hampa. Hampa kata la pasai ada masalah keselamatan, hampa kena buat pilihanraya tu pada pukoi 3 pagi sampai 3.30 pagi.

Lepaih tu hampa kata pulak pasai hampa takot berlaku kekecohan, semua yang nak mengundi kena pi di kem tentera di Johor untuk undi. Nak undi pun bukan dengan cara dulu lagi, kali ni semua nak mengundi kena bisik kat pegawai SPR dekat pintu dan pegawai tu akan pangkah dan depa tak buleh tengok.

Kan bagoih hampa buat macam ni. Awat tak malu ka jadi hamba kat menatang-menatang tu semua? Mana maruah hampa? Tak takot ka kat ALLAH.

Sunday, February 8, 2009

Katak Main Katak

Man: Oi Man, hang dapat apa?

Din: Tak tau lagi la, aku rasa aku nanti dapat jadi eksko kot.

Man: Aku pun rasa macam tu kot.

Din: Man, hang mau eksko apa?

Man: Aku mau eksko pelancongan, hang mau apa?

Din: Laa, aku pun mau eksko pelancongan, hang ambik yang lain la.

Man: Pasai apa pulak aku kena ambik yang lain.

Din: Memang patot pun, hang selalu dok bagi alsan hang sakit, sikit, sikit sakit, hang tak cakap apa pun, asyik-asyik aku saja yang dok cakap dengan pemberita, hang dok terkencin dalam seluaq.

Man: Woi, memang aku sakit pon, bukan aku buat-buat cerita.

Din: Macam ni la Man, aku jadi eksko pelancongan hang jadi eksko tanah. Bila aku buat lawatan ke China, hang ikut la, kita cari ayam sana punya. Bila ada tanah hang bagi la kat aku sama. Macam tu la member.

Man: Okay, tapi hang jangan lupa bawak aku sama hang tau, aku dok teringat lagi yang di Penang punya, fuyoo sempoi betoi.

Din: Hang jangan risau, di China lagi sempoi punya, kita buleh dapat free.

Man: Ni, maknya tu dapat apa ha?

Din: Maknya mana? Oh, ooh maknya tu ka, aku pun tak tau, aku rasa dia tak dapat apa kot pasai dia bukan reti apa pon.

Man: Aku dengaq kan, depa nak bagi kat dia timbalan Menteri Besaq kot.

Din: Apa? TBM? Dajai punya Zam,  hari tu dia janji nak bagi kat a... . kat maknya tu dia nak bagi Timbalan Menteri Besaq? Kalu dia bagi aku lompat balik.

Man: Hang nak lompat mana? Mana depa mau hang balik. Baik kita resign mau tak. Duit kita dah dapat, kerja, memang kita tak tau buat, oghang pon tak buleh pandang muka kita, baik kita belah.

Din: Betoi jugak, duit kita dapat banyak, baik kita belah pi China dudok sana.

Man: So tunggu apa lagi, aku dah panggil pemberita, depa nanti mai sini pukoi 6 ptg. hang cakap la kat depa yang kita dah resign. Hang bagi la alasan yang kita tak mau pasai kita semua orang gadoh, kunun-kununnya kita ni bagoih la.

Din: Bagoih tu, hang pon sama la kan?

Man: Aku tak buleh, aku sakit, bukan hang tak tau, aku tak pandai cakap, nanti depa tanya-tanya aku terbongkaq rahsia pulak.

Din: Betoi tu, hang bukan pandai sangat biaq aku sorang saja cakap. Okay sat lagi pukoi 6 aku tunggu pemberita disini, aku nak balik buat skrip sat. Okay jumpa lagi esok.

(Lepas 15 minit)

Nas: Macam mana Man?

Man: Okay jadi siap, sat lagi pukoi 6 dia nanti buat kenyataan akhbar. Lepaih tu aku nanti panggil pemberita kata aku tak kata pon aku nak resign, biaq dia sorang saja resign so jawatan TMB tu dapat kat hang.

Nas: Best, hang memang bagoih la Man.

Man: Aku bengang sunggoh, kita sama-sama main wayang dia yang dapat TMB dan dia nak ambik sama eksko pelancongan, semua dia mau kat dia, mana buleh. Hang jadi takapa. Tapi hang jangan lupa bagi kat aku eksko pelancongan.

Nas: Jangan kata eksko pelancongan, eksko pelacoran pon buleh.

Tuesday, February 3, 2009

Kuda ka Baghal ka?

Dah lama dah aku tak menuleh di sini. Bukan pasai tak suka tuleh dalam Bahasa Melayu, kalu tak suka aku tak bukak la blog ni, tapi pasai sibok sikit dengan jadual baru yang baru siap.

Dalam dok sibok buat jadual tu dok surf jugak la dan seperti semua surfer yang sensitive terhadap politik negara, kes 2 ekog baghal di Perak tu tentu tak terlepaih daripada screen radar aku. Dok berkelip-kelip lampu di screen radar. Check punya check tengok punya tengok usyar punya usyar rupa-rupanya ribot yang lagi dasyat daripada Katerina yang dok tuju negeri Perak.

Aku pun baca la merata rata tentang cerita ni. Banyak tempat aku pi baca tapi dok penin lagu tu jugak, tak tau yang mana ekoq yang mana kepala. Last last baca punya baca dia dok mai dengan jelaih dah. Cerita dia macam ni.

Dulu di satu negeri yang kaya dengan bijih timah (bukan biji Timah no, jangan dok silap, yang tu ada orang Pahang suka) ada la satu kawasan yang banyak dengan kuda. Merata tempat pi ada banyak kuda. Ada kuda puteh, kuda hitam, kuda cokelat dan kuda kelabu taik anjin.

Kuda-kuda ni semua pandai mentadbir tempat depa. Lama-kelamaan, ada segerombolan baghal yang menyamar jadi kuda. Depa pon dilantik oleh kuda-kuda lain jadi ketua tempat tu. Depa dok pejegha kuda-kuda lain buat kerja tapi depa dok joli. Habih rumput-rumput yang hijau dan tembon depa sapu. Depa tinggai rumput kerin saja kat kuda-kuda lain. Baghal-baghal ni lama jugak dok bermaharajalela dok sapu rumput-rumput segar.

Kuda-kuda tulen yang dah lama dok saspek depa kena pelotaq mola naik meradang. Satu hari masa pemilihan ketua, depa lantik kuda-kuda tulen dan buang baghal baghal ni. Punya la menangih Tok Ketua atau Tok Batin Baghal sampai 3 hari tak keluaq kandang. Dia tak mau bagi kandang dia kat chief kuda baghu.

Maka kuda-kuda tulen pon seronok la pasai depa dah tendang terajang baghal-baghal ni semua. Tok Ketua baghal yang bengkak-bengkak mata pon terpaksa jugak keluaq daripada kandang dia dengan teloq yang berat.

Baghal ni tetap baghal jugak. Depa bukan buleh tengok kuda hidop senang. Depa dok teringat lagi rumput-rumput hijau yang depa dok sebat dulu. Bukannya depa tak buleh dapat rumput hijau tapi di bawah pentadbiran kuda, kalu nak rumput hijau kena kerja la. Masalahnya, baghal-baghal ni semua ada fobia. Depa fobia dengan kerja. Kalu sebot kerja saja dan dan depa demam kogha-kogha.

Depa tak dok diam. Depa dok peghati kuda-kuda yang dok mentadbir tu. Depa nampak ada dua ekoq kuda yang agak slow sikit buat kerja. Sebenaqnya bukan slow tapi tak bergerak langsong. Ha, ada chance depa kata. Check punya check, selidik punya selidik sampai curi ambik sampel DNA, depa dapat tau yang 2 ekoq kuda slow ni sebenaqnya adalah spesis baghal yang baghu. Rupa betoi-betoi macam kuda tapi teloq depa teloq baghal.

Apa lagi, depa pon pi jumpa baghal 2 ekoq ni dan bawak sama berlori-lori rumput hijau yang depa simpan di tempat yang selamat. Apa lagi, kalu dah baghal tu baghal jugak la maka terbeliak la mata 2 ekoq baghal tadi.

2 ekoq baghal ni pon diseludop ke satu negeri yang agak jauh dari negeri bijih timah ni. Tok ketua negeri jauh ni memang terkenal suka mencarot tapi sebenaqnya dia bukan betoi betoi ketua, dia balaci saja.

Tok ketua yang sebenaq negeri ni sekoq boya yang pantang tengok bangkai. Ada saja bangkai dia mesti pi dekat dan usyar. Kalu dia tengok bangkai tu elok sikit mola la telioq.
Tok ketua boya kote kawaq ni pon mola la pujok baghal 2 ekoq ni tapi baghal ni takot. Bila depa tak mau saja, naik marah la boya kote kawaq ni. Dia panggil pasangan dia. Dulu pasangan dia ni okay jugak la tapi lani dah berubah. Tak nampak macam boya langsong. Rupa dia lani saling tak tumpah macam badak ayaq.

Si Badak ayaq ni pon lompat di tengah belakang dua dua ekoq baghal ni. Macam nak patah tulang belakang kena kokko badak ayaq. Last-last sekali terpaksa la depa mengalah.

Macam tu la ceritanya mengikut apa yang aku dengaq. Tak tau la aku betoi ka tak. terpulang la kat masing masing untuk buat keputusan sendiri.

Thursday, January 22, 2009

Ekonomi mesti dirangsang dari luar.

Menteri: Oi Datin Joyah oi, you nak pi London tak hujung minggu ni?

Bini: Hai, buang tabiat ka laki aku ni? Tak tentu pasai tanya aku nak pi London ka tak minggu ni? Tabiat nak mampoih ka abang oi, tiba-tiba tanya orang nak pi London ka dak?

Menteri: La bila orang tanya hang beletiaq, bila tak bagi hang mogok, awat dengan hang ni?

Bini: Dak la bang oi, last sekali Joyah pi London abang mengamok sampai sorok Paspot Joyah, lani tanya pulak.

Menteri: Aku nak tanya last punya, hang nak pi ka tak? Kalu tak jawab aku bagi kat Timah.

Bini: Ha! Apa! Nak bagi kat Timah bini nombot 2 abang tu? Heeeee kalu ada C4 kan dah lama Timah jadi tepong. Joyah nak pi. Banyak ka duit abang tu nak suruh Joyah pi cuti atau abang nak kawin satu lagi bila Joyang pi London.

Menteri: Hang jangan cakap banyak la. Kami Menteri-menteri semua dah pakat nak hantaq hampa semua pi shopping di London. Beli la banyak mana hampa mau. Kalu nak sewa kapai terbang nak bawak balik barang pun buleh. Kalu tak cukup, kita sewa kapai laut, buleh buboh banyak lagi.

Bini: Abang, abang, kalu nak singgah di Paris buleh tak?

Menteri: Bukan kata Paris, hang nak singgah di Kathmandu pun buleh.

Bini: Kathmandu tu mana abang?

Menteri: Awat hang suka banyak soal sangat? Pi siap, sat lagi abang bagi balik paspot hang.

Bini: Saja la nak tanya abang, banyak ka duit yang abang dapat di Terengganu tu sampai balik suruh Joyah pi shopping?

Menteri: Yang Terengganu punya ada la sikit tapi tadi kerajaan dah bok keluaq arahan arahan suruh semua kementerian belanja duit dengan cepat sebab nak rangsang ekonomi.

Bini: Joyah tak la pandai sangat abang oi tapi ekonomi negeri mana yang dia nak rangsang abang? Malaysia ka England?

Menteri: Tu la hang bodoh, kita beli barang di sana banyak-banyak bagi depa kaya, lepaih tu depa ada la duit beli barang daripada kita. Bila depa beli barang daripada kita baru lah ekonomi kita terangsang?

Bini: Kan elok kalu kita beli teroih daripada negara kita sendiri? Tak la duit kita kluaq negara?

Menteri: Amboi, amboi amboi, nak buat pandai pulak dia. Awat hang pakar ekonomi sangat ka? Ni kami la yang betoi-betoi pakar ekonomi. Kami la yang pelingkop ekonomi kita. Abang dah order dah 5 Mercedes dengan 3 bungalow. Hang mau ka?

Saturday, January 17, 2009

ALHAMDULILLAH

Syukur Alhamdulillah, PAS menang dengan majority yang lebih besaq. lepaih ni puak-puak tu nak kata apa pulak entah?

Aku rasa depa nanti kata, depa punya penyokong tak turun pasai ingat depa dah menang. Depa nanti bagi banyak alasan yang tak masok akai punya la.

Yang agak pasti, janji janji manih depa akan tinggai janji saja la pasai dah kalah. Di Permatang Pauh pun banyak janji tinggai janji lepaih depa angkat bungkoih balik.

Apa pun penduduk KT dah bersuara. Tahniah Kuala Terengganu.

Wednesday, January 14, 2009

Jahat ka aku?

Aku ni bukan la jahat sangat tapi cadangan yang aku nak bagi ni mungkin ramai yang akan kata jahat tapi ada logic dia la.

Hari tu orang punya la dok mintak kat gomen suruh bagi turun tarif letrik dan ada la menteri dengan sombong kata tak buleh. Dia bagi alasan pasai harga arang batu tinggi tapi cuba baca yang ni tengok.
          
"Gas contributes 60 per cent to electricity generation in the country
while coal 30 per cent and hydro between five and six per cent and the
rest from other sources of energy".


Hari tu cara dia cakap macam la arang batu ni satu satunya sumber tenaga untuk generate karan. Lani tiba-tiba, tak pasai-pasai, orang tak gadoh nak mintak pon, dia buat kenyataan suruh Petronas kaji semula harga gas dengan tujuan nak bok turun tarif letrik ni.

La macam mana buleh jadi macam ni pulak? Aku rasa la, ni mungkin ada kena-mengena dengan apa dok jadi di KT tu. Depa dok mengeliat pasai nampak-nampak ada kemungkinan depa nak kalah.

Berjuta-juta depa dah huloq, banyak jalan dah depa tar sampai tinggi dia hapoih orang. Reban ayam dan kandang kambin pon depa dah cat, depa nak aircond semua kawasan pantai tapi sambutan kat depa dok macam tu jugak so depa bok keluaq idea ni pulak la.

Lani kita balik ke perenggan pertama aku. Yang semua semua tak akan jadi kalu takdak pilihanraya kecik. Kena ada wakil rakyat mati baru rakyat buleh dapat macam-macam. Kalu wakil rakyat dok sehat, haram apa pon tak dak.

Jadi jalan penyelesaian untuk rakyat nak dapat macam-macam ialah untuk wakil rakyat dia gol, tak kira la, wakil rakyat gomen ka, pembangkang ka. Bila ada pilihanraya kecik baru bantuan sampai. Aku rasa time tu kalu nak mintak depa buat tandas awam di tengah jalan pon depa buat.

Mai kita pakat-pakat mintak semua ward di hospital jadi ward 1st class dan makanan hospital bertaraf hotel 5 bintang. Kita bisin kuat-kuat. Lagi sekali ada wakil rakyat gol, mungkin depa bagi kat kita yang kita mintak tu.

Monday, January 12, 2009

Awat yang tak buleh pulak?

Aku heran satu benda dengan pak doyok pak doyok kita ni. Awat yang depa ni kalot sangat sangat dengan pembangkang di negara ni entah la.

Baru ni di KL, ada sekumpulan manusia yang kebanyakkannya pembangkang buat candle-light vigil membangkang kekejaman Israel. Aku kata depa ni pembangkang pasai, orang gomen kalu depa tak buat waktu malam, depa buat siang so orang ramai buleh nampak muka depa yang yang sombong dan perot depa yang buncit tu.

Kalu orang gomen buat depa mesti ada juru gambar dari semua mainstream media ikut pungkok depa merata.

Kalu orang fomen buat, mesti ada bas dok tunggu kat untuk nak bawak balik orang-orang yang depa bawak mai daripada mana entah termasuk lah Bangla, Indon dan Nepal. Di pintu bas pulak nanti ada orang bagi envelope berisi duit raya dengan styrofoam berisi nasi beriyani ehsan kedai-kedai mamak yang tokaynya ahli parti sarkas.

Jadi puak-puak pembangkang ni pon buat lah vigil depa secara aman. Tiba-tiba mai la pak doyok pak doyok yang sombong tahan depa. La awat pulak? Bukan depa dok kutuk gomen ka, puak sarkas ka, depa dok kutuk Israel.

Awat di Malaysia ni nak kutuk Israel pon hanya orang sarkas saja yang buleh buat ka? Orang lain tak buleh kutuk Israel ka?

Dah la tu, ada satu mangkok pulak kata, 'I give you 1 minute' kat depa. Awat yang tak sabaq sangat ni? Awat tak buleh bagi kat depa setengah jam ka, satu jam ka.

Lepaih tu depa tangkap habih orang-orang tadi boh ramai-ramai dalam truck depa bok pi balai. Apa yang depa dapat bila buat macam ni? Awat depa ingat orang nanti kata depa terer ka? Meluat lagi ada la.

Awat yang paranoid sangat dengan puak-puak pembangkang ni? Takot apa? Awat tak reti pikiaq sendiri ka apa yang baik apa yang jahat?

Friday, January 9, 2009

Laila

Mak, mengapa tidor tak malam lagi
Mak bangun jangan tidor di siang hari?
Mak bangun la, Laila nak sarapan pagi
Mak, kemana ayah pergi?

Mak bangun la, jangan la pejam mata
Mak bangun, permainan ini Laila tak suka
Mak mengapa mak hanya ada sebelah mata?
Mak mengapa ada darah di merata?

Mak tolong la, Laila takut ni,
Mak diam saja, Laila sunyi
Mak jangan la main lagi
Mak guruh di luar bunyi lagi.

Mak, mak, mak jangan buat-buat mati.

Thursday, January 8, 2009

Bila nak habih ni?


Aku tengok di blog list tadi dan nampak muteaudio baru boh satu post horang lebeh 2 jam tadi so aku pun masuk la. Masok saja aku disambot dengan gambaq ni. Dia kata dia cilok gambaq ni di blog sapa entah, so aku pun cilok dari dia la.


Bukan apa, saja nak tanya hampa rasa-rasa pasai apa dia menguap macam tu? Aku nak bagi sikit pendapat aku la, tapi hampa buleh buboh pendapat hampa sendiri kalu mau.

1. Dia baru sampai dari Penang, tak dan nak rehat depa dah suruh beratoq. Semalam ataih bas dia tak tidoq langsung pasai asyik dok tanya kat depa bila nak bayaq duit dia.

2. Dia dah bosan dengan pilihanraya kecik ni, pasai tiap-tiap pilihanraya kecik depa mesti panggil dia. Dia tak kisah, huloq mai semua jadi.

3. Dia jemu tengok muka calon yang dia kena sokong pasai tak senyum langsong.

4. Dia bengang pasai depa janji nak bagi nasi kandaq, last-last depa bagi keropok lekor saja untuk sarapan pagi.

5. Dia letih pasai yang ni tempat yang ke 6 dia kena beratoq hari ni. Lepaih ni depa nanti bawak dengan lori ikan bok pi tempat lain pulak, kunun-kununnya nak tunjuk mana saja Mr. Muka Masam pi ada sambutan hebat.

6. Dia kerja dengan urusetia semalam, sibok kira duit dari malam sampai pagi.

Kalu hampa nak tambah, aku alu-alukankan.

Maaf Razlin pasai terpaksa cilok.

Monday, January 5, 2009

Hari Pertama Sudah Mari

Hari ni sekolah dah mola di Penang ni. Kemarin ada beberapa negeri dah start dah. So kehidupan aku balik seperti sedia kala la. Tengah hari siap dan pi sekolah.

Tahun ni, depa suruh aku buat jadual ganti kalu ada cikgu yang tak hadir. Memang ada pun. Aku yang buat jadual so aku tau la. Kami ada 2 cikgu yang nama depa X dan Y. Bila macam tu maknanya depa ada dalam peruntukkan tapi depa belum di hantaq lagi. Kemungkinan guru GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) atau pon dulu orang kata temporary teacher.

Lepaih tu ada pulak sorang cikgu yang cuti bersalin dan ada sorang lagi yang tak lama lagi akan bersalin atau pun dah bersalin, tak tau la aku.

Lepaih buat jadual ganti kena bagi kat cikgu-cikgu yang mengganti slip depa dan suruh depa sign. Biasanya ada orang yang akan buat kerja tu. Kerja aku buat jadual tu saja.

Kami sebelah petang ni nanti kena buat perhimpunan khas untuk budak-budak tingkatan 1 dan peralihan untuk bahagi depa ikut kelas. Yang form 2 pun kena beratoq jugak pasai depa pon tak tau lagi kelas mana depa masok tapi depa takdak banyak masalah pasai dah besaq sikit.

Yang nak jadi hal ni budak-budak form 1 dan peralihan yang tak mai daftar 15 haribulan Disember dulu. Aku pon tak tau pasai apa yang depa tak mai. Aku tak salah budak-budak tu. Yang ni tanggongjawab mak pak depa. Hari ni baru la depa nak kelam kabot mai nak daftar. Patotnya, kat mak pak macam ni mau kena tibai dengan rotan di khalayak ramai.

Ada pulak mak pak yang akan mai mintak borang tukaq. Masa pendaftaran hari tu, depa buat rayuan mintak sekolah lain tapi ditolak oleh PPD. So depa tunggu hari pertama sekolah depa mintak pertukaran pulak.

Pejabat sekolah nanti macam nak pecah dengan orang, terpaksa la kena ubah pi dewan ka, pi kantin ka atau tempat lain.

Nanti ada pulak yang sibuk nak tanya mana tempat nak beli buku tulih padahal hari pendaftaran hari tu kita dah bagi dah jadual bila kedai buku bukak. Kedai buku pulak nanti jadi kalot.

Ada pulak mak pak yang mai dengan duit yuran sekali. Depa nak bayaq cepat-cepat pasai nak pi kerja. Ada yang mai yang buat tak tau saja pasai yuran.

Memang la Pak Lah dah kata hari tu takdak yuran dah lani tapi ada bayaran tambahan. Apa kejadah dia cakap pon tak tau la. Menteri pulak kata kalu mak pak tak mau bayaq bayaran tambahan sekolah tak buleh paksa.

Sekolah pulak, kalu takdak bayaran tambahan tu nanti tak buleh buat apa pon. Lantak pi kat depa la. Kadang-kadang orang politik ni cakap tak guna akai. Buat janji pasai nak popular saja, tapi tak tau implikasinya.

Kan baik toksah kutip apa-apa pon? Bagi saja geran tambahan 50 ringgit ka, seratus ringgit sekepala, senang. Takkan takdak duit kot? Yang dok lunggok belambak-lambak di Kuala Terengganu tu apa? Benda yang depa tak perlu pon hampa dok bagi. Ni soal pelajaran ni. Penting ni.

Kadang-kadang ada pulak kes di mana cikgu yang nama depa dah sampai tapi depa tak sampai-sampai. Pasai apa? Pasai depa tak mau mai. Kununnya sekolah jauh dari rumah la,  nak daerah lain la. Depa dok tunggu rayuan depa pulak.

Tapi bila pikiaq balik semua ni, seronok jugak nak pi sekolah pada hari pertama ni. kalu tak rioh takdak ummph! la. Of course la yang paling best dapat jumpa balik member-member yang tak jumpa 7 minggu.

Sunday, January 4, 2009

Bukan pancin tapi kencin

Tadi aku ada la terbaca dalam mana entah pasai satu menteri ni. Menteri muka tembok ni kata yang BN tak pernah guna duit pembangunan untuk memancin undi. Aku punya la tergelak sampai nak jatoh korsi aku.

Kalu tak guna untuk pancin undi hampa guna untuk pancin apa? Pancin aci ka? kalu pancin aci ajak la aku sekali, jangan la nak makan sorang-sorang, jangan la dok pi gagau sorang-sorang di cigar bar mana-mana.

Awat haprak ni ingat kita rakyat Malaysia ni bodoh macam mana entah? Awat dia ingat kita ni bodoh macam dia kot? Dia ingat dia luah saja daripada mulot dia, kita ni akan pecaya bulat-bulat apa dia kata?

Tak payah teka la pasai apa dia kata yang tu. Lani kan depa dok demam nak buat pilihanraya kecik di Kola Trengganu, so berduyun-duyun la menteri turun pi sana. Yang tak pernah jejak kaki kat sana pun pakat dok pi. Yang tak paham loghat Trengganu pon  dah pandai makang ikang atah jalang dekak dewang maktab perguruang kemamang.

Bila dah ada di sana takat cakap saja guna ayaq lioq mana buleh. Dan dan depa lulus bantuan. Jalan tar yang kemarin 1 menteri baru siap tar, menteri lain pulak order suruh tar lagi sekali, kununnya tak elok yang dulu.

Kalu buleh ban di sawah padi tu depa nak buboh batu marmar bagi sejuk sikit. Yang tu kalu tak pancin undi pancin apa ka benda pak menteri oi?

Awat sebelum kawan tu mati hari tu tadak sapa pon nak tar sini tar sana? Toksah kata menteri persekutuan, exco-exco negeri pon buat tak tau saja. Mati saja kawan tu, kalu buleh belum tanam mayat tu lagi depa nak tar kuboq-kuboq tu sekali.

Oi Pak menteri yang terkenal gedebenya, jangan la nak pelotaq di sini. Hang nak bagi peruntukkan untuk pembangunan, bagi la. Kami tak kata apa pon. Memang bagoih pon apa yang hampa buat. Bagi pembangunan kat rakyat tu memang baik tapi bila bagi dengan ucapan-ucapan yang membohong tak habih-habih tu kira kureng sikit la.

Awat hampa ni tak ingat kat Allah ka? Kan Dia dah pesan jangan dok cakap bohong? Kan Dia dah pesan buat apa pon mestilah ikhlas? Ni ikhlas apa bila bagi sambil bohong?

Tapi nak heran apa dengan puak-puak ni, setakat cakap bohong tu memang sarapan depa la. Merompak dan menyamun tu lunch dan memfitnah dan tikam belakang ataih bawah tu dinner depa.

 

Design by Amanda @ Blogger Buster