Monday, January 12, 2009

Awat yang tak buleh pulak?

Aku heran satu benda dengan pak doyok pak doyok kita ni. Awat yang depa ni kalot sangat sangat dengan pembangkang di negara ni entah la.

Baru ni di KL, ada sekumpulan manusia yang kebanyakkannya pembangkang buat candle-light vigil membangkang kekejaman Israel. Aku kata depa ni pembangkang pasai, orang gomen kalu depa tak buat waktu malam, depa buat siang so orang ramai buleh nampak muka depa yang yang sombong dan perot depa yang buncit tu.

Kalu orang gomen buat depa mesti ada juru gambar dari semua mainstream media ikut pungkok depa merata.

Kalu orang fomen buat, mesti ada bas dok tunggu kat untuk nak bawak balik orang-orang yang depa bawak mai daripada mana entah termasuk lah Bangla, Indon dan Nepal. Di pintu bas pulak nanti ada orang bagi envelope berisi duit raya dengan styrofoam berisi nasi beriyani ehsan kedai-kedai mamak yang tokaynya ahli parti sarkas.

Jadi puak-puak pembangkang ni pon buat lah vigil depa secara aman. Tiba-tiba mai la pak doyok pak doyok yang sombong tahan depa. La awat pulak? Bukan depa dok kutuk gomen ka, puak sarkas ka, depa dok kutuk Israel.

Awat di Malaysia ni nak kutuk Israel pon hanya orang sarkas saja yang buleh buat ka? Orang lain tak buleh kutuk Israel ka?

Dah la tu, ada satu mangkok pulak kata, 'I give you 1 minute' kat depa. Awat yang tak sabaq sangat ni? Awat tak buleh bagi kat depa setengah jam ka, satu jam ka.

Lepaih tu depa tangkap habih orang-orang tadi boh ramai-ramai dalam truck depa bok pi balai. Apa yang depa dapat bila buat macam ni? Awat depa ingat orang nanti kata depa terer ka? Meluat lagi ada la.

Awat yang paranoid sangat dengan puak-puak pembangkang ni? Takot apa? Awat tak reti pikiaq sendiri ka apa yang baik apa yang jahat?

6 comments:

Kerp (Ph.D) said...

cikgu,

saya ni kadang2 tak sampai hati nak hentam puak sang saka biru kita ni. jadi dalam mana2 kes yang ada melibatkan politic secara lansung atau dak, saya percaya diorang dapat order dari pihak atasan. bagi saya yang dok atas2 ni lah yang paranoid. pastu guna kuasa diorang utk mengarah. yang budak2 bawah ni pulak main ikut je arahan tanpa menggunakan kebijaksanaan sendiri. tu yang buat diorang nampak bengong. kalo dah protest against yahudi lakhnat, biar je la...hmmm...

Kata Tak Nak said...

Kerp,
Itu memang ada kebenarannya tapi kekadang puak-puak doyok yang pangkat tinggi ni buat sedemikian sebab takot kalu betukar kerajaan depa nanti kena sebab perot boroi sangat dengan wang yang tak tau mana datangnya.

Malaysian Joe said...

hai cikgu.. takkan hang tak kenai sangat mat botak kita tu... kalau kan ada itu Khairy ka sapa ka oghang ampno yang diri kat depat buat bising macam samseng.. memang tak kacau... tu dia oghang cakap, demonstrasi hak asasi tapi kalau kan budak pembangkang buat peaceful candle light vigil tu.. bahaya woi! candle.. woit! boleh bakaq!

Jadi yang kesian tu si polis la... mereka ni pa la nak buat, cari makan.. kena la dengaq cakap si botak.. tapi kan baik kalau polis kita cam yang di Thailand.. sampai takeover airport pun polis tak hambat dia oghang cam anjing... kat sini berlainan pulak cerita.

Kata Tak Nak said...

Malaysian Joe,
Pak Doyok kita semua pak turut of the highest order punya. Pak Botak pulak Pak Bengong.

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Tu le, sian betul depa kat sana malam tu. Cerita penuh ada kat blog Merah Hitam, blog Pn Norlaila, isteria kepada seorang yang ditahan akta kejam ISA tu.

Kata Tak Nak said...

Shah,
So the bottom line is that humanity doesn't concern them, its all about politics.

 

Design by Amanda @ Blogger Buster