Monday, January 5, 2009

Hari Pertama Sudah Mari

Hari ni sekolah dah mola di Penang ni. Kemarin ada beberapa negeri dah start dah. So kehidupan aku balik seperti sedia kala la. Tengah hari siap dan pi sekolah.

Tahun ni, depa suruh aku buat jadual ganti kalu ada cikgu yang tak hadir. Memang ada pun. Aku yang buat jadual so aku tau la. Kami ada 2 cikgu yang nama depa X dan Y. Bila macam tu maknanya depa ada dalam peruntukkan tapi depa belum di hantaq lagi. Kemungkinan guru GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) atau pon dulu orang kata temporary teacher.

Lepaih tu ada pulak sorang cikgu yang cuti bersalin dan ada sorang lagi yang tak lama lagi akan bersalin atau pun dah bersalin, tak tau la aku.

Lepaih buat jadual ganti kena bagi kat cikgu-cikgu yang mengganti slip depa dan suruh depa sign. Biasanya ada orang yang akan buat kerja tu. Kerja aku buat jadual tu saja.

Kami sebelah petang ni nanti kena buat perhimpunan khas untuk budak-budak tingkatan 1 dan peralihan untuk bahagi depa ikut kelas. Yang form 2 pun kena beratoq jugak pasai depa pon tak tau lagi kelas mana depa masok tapi depa takdak banyak masalah pasai dah besaq sikit.

Yang nak jadi hal ni budak-budak form 1 dan peralihan yang tak mai daftar 15 haribulan Disember dulu. Aku pon tak tau pasai apa yang depa tak mai. Aku tak salah budak-budak tu. Yang ni tanggongjawab mak pak depa. Hari ni baru la depa nak kelam kabot mai nak daftar. Patotnya, kat mak pak macam ni mau kena tibai dengan rotan di khalayak ramai.

Ada pulak mak pak yang akan mai mintak borang tukaq. Masa pendaftaran hari tu, depa buat rayuan mintak sekolah lain tapi ditolak oleh PPD. So depa tunggu hari pertama sekolah depa mintak pertukaran pulak.

Pejabat sekolah nanti macam nak pecah dengan orang, terpaksa la kena ubah pi dewan ka, pi kantin ka atau tempat lain.

Nanti ada pulak yang sibuk nak tanya mana tempat nak beli buku tulih padahal hari pendaftaran hari tu kita dah bagi dah jadual bila kedai buku bukak. Kedai buku pulak nanti jadi kalot.

Ada pulak mak pak yang mai dengan duit yuran sekali. Depa nak bayaq cepat-cepat pasai nak pi kerja. Ada yang mai yang buat tak tau saja pasai yuran.

Memang la Pak Lah dah kata hari tu takdak yuran dah lani tapi ada bayaran tambahan. Apa kejadah dia cakap pon tak tau la. Menteri pulak kata kalu mak pak tak mau bayaq bayaran tambahan sekolah tak buleh paksa.

Sekolah pulak, kalu takdak bayaran tambahan tu nanti tak buleh buat apa pon. Lantak pi kat depa la. Kadang-kadang orang politik ni cakap tak guna akai. Buat janji pasai nak popular saja, tapi tak tau implikasinya.

Kan baik toksah kutip apa-apa pon? Bagi saja geran tambahan 50 ringgit ka, seratus ringgit sekepala, senang. Takkan takdak duit kot? Yang dok lunggok belambak-lambak di Kuala Terengganu tu apa? Benda yang depa tak perlu pon hampa dok bagi. Ni soal pelajaran ni. Penting ni.

Kadang-kadang ada pulak kes di mana cikgu yang nama depa dah sampai tapi depa tak sampai-sampai. Pasai apa? Pasai depa tak mau mai. Kununnya sekolah jauh dari rumah la,  nak daerah lain la. Depa dok tunggu rayuan depa pulak.

Tapi bila pikiaq balik semua ni, seronok jugak nak pi sekolah pada hari pertama ni. kalu tak rioh takdak ummph! la. Of course la yang paling best dapat jumpa balik member-member yang tak jumpa 7 minggu.

8 comments:

cakapaje said...

Salam Cikgu,

OK, will put this in my roll (keep forgetting about it).

Kerp (Ph.D) said...

kebetulan si hisham kuar berita hari ni kata wang saguhati pada sekolah2 cina di seluruh terengganu takde kena mengena dengan by-election akan datang. takpelah kalau macam gitu, kita semua kena percaya la cakap dia sebab itu yang dia cakap...muahahaha...

Unknown said...

shah,
You are not even 25 yet and you have started to forget things? Wait till you are my age, 27.

Unknown said...

kerp,
Mesti, kita mesti percaya cakap dia sebab dia pemimpin kita, wajib kita percaya pembohongan dia.

Anonymous said...

cikgu,
sya nak tnya la ur opinion regarding Israel...sbb skang kan latest issue kan..kalu cikgu la cam na kita nak bantu palestin..sbb skang kan suma pihak tengah cari jalan untuk bantu palestin..such as kewangan or bantuan mknan or bantuan harta benda..ni pendapat saja ja la kan..sekolah2 blh buat donation ka untuk bantu..then kalu kita dapat duit..kita antaq la kat media..blh ka kalu cam tu..bkn apa..skang kan tengah genting...

Unknown said...

Anonymous,
Keperihatinan sdr/i sangat menyenangkan hati saya. Selain berdoa yang sepatutnya sudah menhadi tanggungjawab semua umat Islam, apa yg sdr/i kata adalah betul.

Mengutip derma memang salah satu dr tindakan yg boleh kita ambil asalkan jgn di politikkan oleh kedua2 belah la.

Saya akan bincang dgn beberapa guru Islam tentang hal ni di sek dan harap org2 lain dpt berbuat perkara yang sama di samping mencari idea2 lain.

Terima kasih kerna membuka mata saya.

Anonymous said...

Cikgu!

TIme2 bukak sekolah jugak nak bersalinnyaa...Huhuhu! Dapat lagi extra cuti...Pehhh!

Cikgu2 di Malaysia setahun ada annual leave takk?!

Roger!

Anonymous said...

no problem at all..sbb kita suma tngok ari2 kat media kan..so sy tepikir cam na nak tolong..x dpt tolong bnyk skit pun jadi la..doa pun tolong jugak kan??apa pun thanx for not takes things for granted..i really appreciated..kita juz nak tolong sesama Islam..ari ni ari depa mana nak tau esok lusa ari kita pulak..
tq...

 

Design by Amanda @ Blogger Buster