Monday, December 22, 2008

Gostan sikit.

Sebelum hampa tuduh aku dah give-up blog BM aku, baik aku explain. Aku punya CPU memang dok buat pasai kebelakangan ni. Pakai lebih koghang 2 jam, dia padam, tapi hari sabtu baru ni, pakai setengah jam dia padam, pakai lagi setengah jam dia padam.

Aku memang dok agak yang kipaih dia dah jalan dah so member aku confirm memang kipaih out baghu dia jadi macam tu. Hari sabtu tu jugak, aku hantaq pi kedai dan sughuh dia format lagi sekali. Tadi lebih korang jam 8.10 baghu aku dapat balik CPU aku.

Jenoh jugak nak download balik, aku punya Firefox, Metacafe dan program-program lain yang memang aku suka. lani baghu ada masa sikit nak patok keyboard ni.

Ceghita yang aku nak tuleh haghi ni memang meghapu sikit la. Dak bukan sikit, tapi meghapu banyak. Masa aku dok taip ni, depa dok pasang DVD Back To The Future part 1 punya. Memang ceghita lama tapi dia menghiburkan. Aku tak tengok la pasai memang dah tengok dah tapi sambil-sambil dok surf aku pasang telinga jugak untuk refresh memory aku tentang gambaq ni.

Si Michael J Fox ni sebelum dia pi ke future dia ter pi ke past dulu. Bila teringat dia pi ke zaman lampau, terlintaih di jiwa sanubari aku kalau lah aku buleh balik ke zaman lampau aku, aku nak balik ke masa aku tingkatan 5 dulu.

Pasai apa tingkatan 5? pasai masa tu la aku mula serious main muzik, gitar saja, tak gheti main pinano. kami masa tu tak la berada so tak buleh nak pi music school belajaq music secara formal. Aku belajaq main gitar dari darjah 6 lagi tapi betoi-betoi serious masa T 5. Aku memang main by hearing saja.

Aku dapat banyak peluang untuk nak lebih mendalami gitar tapi aku tak ambik peluang tu. Masa tu arwah abang aku memang ada band yang agak bagoih dan depa dok main di nightclub tapi tak terlintaih dalam hati aku nak ikut dia. Aku asyik dengan band kokak aku, band budak sekolah yang tak beghapa terer. Kalu aku balik ke time tu aku, aku nak ikot dia pi praktis dengan kawan-kawan dia.

Dia ada soghang kawan yang depa panggil Baba. Dia tu memang terer main gitar. Rambut panjang sampai pinggang dan main lagu underground macam ayaq. Dia punya terer sampai pi main di Australia.

Dari situ aku mungkin dapat belajaq dengan lagi bagoih. Mungkin jugak, aku tak akan jadi cikgu dan jadi pemain music macam Kassim Selamat tapi tak mau buta macam dia la.

Lagi satu benda yang aku nak buat ialah masa aku form 5 dulu aku ada masuk satu talentime di Methodist High School. Aku masuk dengan member aku Farid. Pada hari final, Farid terpaksa menyanyi cepat-cepat sebab nak laghi pi stadium untuk MSSPP. Dia laghi 400 meter. Aku dok loghat nak balik jugak tapi turn aku lambat lagi.

Lepaih aku nyanyi aku duduk soghang-soghang. Ada satu peserta lain, memang cun dok belakang aku. Bila mai result, aku dapat nombor 3. Lepaih ambik hadiah aku, marka tu mintak nak tengok piala aku. Aku bagi kat dia dan semasa jalan keluaq, dia pegang piala aku sambil bersembang.

Aku yang bahalol ni, dok gadoh nak pi stadium. Tak terpikiaq yang dia dok bagi line. Aku mintak balik piala aku dan teghoih belah. Apa punya tur la. Kalu aku tak gadoh nak belah, mana tau kena loteri.

Ada lagi benda yang jadi tahun tu tapi takat 2 tu saja la aku tuleh. lain kali kot, bila ada masa aku tuleh sikit lagi.

Ni saja nak meghapu la. Kalu hampa pulak macam mana?

3 comments:

Kerp (Ph.D) said...

semua orang ingat kalo saya buleh gostan, mesti saya akan balik ke hari yang mengubah hidup saya buat selamanya. mungkin ya kot, tapi bila pikir balik, banyak perkara priceless yang saya kecapi sepanjang jadi cacat ni tak mungkin buleh ditukar ganti.

jadi balik pada soalan cikgu, jawapan saya muddah je- gostan sehari sebelum keputusan jackpot keluar...

heheheheheeee....

Kata Tak Nak said...

kerp,
Aku setuju sangat dengan hang tu. Baru kaw punya.

Mat Salo said...

Ap-se-re...

Tula masa muda dulu banyak benda yang kita budoh. Laa itu markah udah baguih kasi line kaw kaw pun buat titiu. Coba tengok sekarang kalu, line tarak pun kita dok himpit.

Betui Chegu, kengkadang life has many twists and turns. Maybe our own dreams will be realized by our children. Kan ada yang potential line music chegu? Ropa memang ada, lani mau develop je sikit.

 

Design by Amanda @ Blogger Buster