Wednesday, December 31, 2008

Padan Muka Aku

Aku memang dah lama dah dok meluat guna laptop sekolah pasai dia bagi banyak problem sangat. Tiap-tiap kali technician dia mai, dia bukan buat apa sangat, bila bagi balik dok macam tu jugak so aku nekad nak beli laptop sendiri la.

Aku pun order la satu Acer dan bila mai hari nak siap, iaitu kelmarin, aku pun beli satu backpack untuk laptop tu pasai aku memang tak suka beg laptop yang depa dok bagi selalu. Alah backpack koman punya la, aku beli di Campbell street. Harga pun 55 saja.

Semalam lebih korang jam 9 aku pun pi la kedai tu nak ambik laptop aku. Aku dok tunggu lama jugak untuk depa set up access point aku untuk aku guna di rumah. Aku pun dok lapaq dan bini aku pon dok resah tunggu lama so aku habaq kat orang tu yang aku nak pi makan dulu.

Aku ambik balik backpack aku tu. Bini aku kata toksah tapi aku takut kot-kot hilang pasai kedai tu jugak beroperasi sebagai cybercafe.

Aku boh beg tu di seat belakang dan kami pi ke MacD di Sungai Dua dekat USM. Di depan takdak tempat so aku park la di belakang. Kami masuk makan dan sembang dan keluaq.

Aku nampak lampu dalam kereta aku menyala dan lampu signal dok kejit. Aku ingat aku tutup pintu kereta aku tak rapat so aku pi la tengok kot kot ada pintu tak rapat. Memang betoi pun pintu belah driver tu yang tak rapat so aku bukak dan masok dan ingat takdak apa la.

Lepaih tu bini aku tanya mana backpack? Aku tengok memang dah takdak. Musibatul, ada penyagak dah pecah masuk kereta aku dan ambik backpack tu. Dia ingat ada laptop kot so dia sebat la beg tu. Pdan muka dia dan muka aku.

Padan muka dia pasai dia dapat beg cokia yang kosong dan padan muka aku pasai dah la hilang beg, kunci depan belah driver dan rosak pasai dajai tu tolak sampai masuk kedalam.

Aku pi balik kedai dan beli satu backpack lain. Yang paling morah ada di kedai tu harga 88. Padan muka aku lagi pasai tak dengaq cakap bini aku. Last-last sekali access point tu pon tak siap dan aku balik dengan laptop saja dan kerugian 55 pasai beg kena curi, 88 pasai kena beli beg lain dan entah berapa lagi nak tukaq kunci kereta aku.

Pandai dak aku? Apa pon, hampa dok baca post yang ditaip di laptop baru aku yang harga dia lani lebih mahai dari yang di rancangkan.

The moral of the story? Jangan dok memandai sangat. Kadang-kadang dengaq la jugak cakap orang. Tengok sapa rogi lani.


11 comments:

Anonymous said...

nak wat cam nak cikgu dh nak jadi..tp dulu masa saya beli laptop..pak cik and cousin saya soh letak kat bawah bonet keta so..x la hilang..tp memang bila kita nak beli something jgn gopoh gapah..at least dengaq dulu apa org keliling kita nak kata kan..kalu baik amik kalu x ..selamat jalan romeo la..heheh..

Unknown said...

anonymous,
memang selamat jalan betoi la. Dok bengang lagi. Aku dapat depa lagi aku sunat kat depa lagi sekali. Aku buang dari takok ke ataih biaq tinggai tunggoi saja

Anonymous said...

Memang malang kalu keta kena pecah dan barang kena curi. Tapi bersyukur jugak la sebab depa tak angkut dengan keta2 sekali.

Anonymous said...

Memang padan muka hang cikgu. Cakap bini tak mau dengaq. Hang sangat ketegak. Tapi tak pah cikgu. At least laptop tak kena curi. Kalu kena phew! tak lena brapa bulan ! Moral of the story lain kali mesti dengaq cakap bini baru selamat.Tua tua pun tak habis belajaq.My 2 sen cikgu.

Anonymous said...

memang betoi lani, tak buleh tinggai apa pun dalam kereta yang nampak teghang-teghang tu. dengaq kata orghang buleh detect kereta yang mana yang ada laptop dalam, walaupun tak nampak.

Unknown said...

ayor lemuju,
Nak buat macam mana? Dah nasib badan. Nasib tempaan sendiri.

Unknown said...

anonymous,
Amboi kaw kaw punya hang bagi kat aku tapi aku terima sebab memang aku salah. Rasa nak dekeh kepala sendiri.

Unknown said...

accia,
Memang saya ada dengaq yang depa ada alat untuk detect menatang tu. What would they think of next?

Anonymous said...

Bab keta kena pecah ni, memang slalu jugak aku dengaq, masa posa 2007, keta anak aku kena pecah. masa tu dia p bukak posa, park depan balai polis bandar baru bangi, dia makan bukan lama, lepas bukak posa dia p kat keta, tngok cermindreba dah kena pecah, bukan tu saja, kedua-dua lunang kunci pintu kena korek, abis rosak.depa tak ambik apa-apa sebab tak ada apa dalam keta, mungkin depa nak ambik keta kot, tapi tak sempat. apa pon syukurlah tak ada apa-apa ilang. Yang malang kena ganti cermin RM 200, tapi kunci tu lebih RM1K, sebab semua kunci kena tukaq (Kunci injin, boot, pintu kiri dan kanan) nak repot polis? buat sakit ati saja.

Anonymous said...

Cikgu nak tau, kawan cek singgah 711(seveneleven) tak sampai lima menet nak beli guruih kot,keluaq ja dia tengok gheta dah kena cungke, dalam tu ada leptop kompeni, dia kena bayaq la. leptop pulak yang baik punya rhega rm6000. takpa la gaji dia rm15000, buleh la dia bayaq dandan.

Anonymous said...

tak nak bagi ilang lap top kena cabut bateri dari lap top dia sebab orang dapat kesan bila bateri dok kat badan lap top

 

Design by Amanda @ Blogger Buster