Thursday, December 18, 2008

Yeh Yeh, depa nak swastakan IJN pulak.

Aku ni memang suka menilau merata di alam blog ni dok cari berita. Aku suka cari berita di sini pasai berita di sini tak di selaputi dengan najis-najis main stream media kita.

Tadi tengah aku dok menilau aku terbaca di 'Tukar Tiub' cerita pasai Sime Barby nak merompak lagi.
Kali ni depa nak rompak IJN pulak. IJN la satu-satunya tempat yang rakyat buleh dapat rawatan sakit jantung dengan harga yang patot sikit la. memang dia tak free tapi depa bagi la murah sikit.

Kalau dulu nak repair jantung berlubang pun orang kita kena pi Manila atau di negara barat tapi lani kita dah ada pakar-pakar di negara sendiri. Kita dah buleh buat pemindahan jantung pun di sini. Setakat repair jantung berlubang tu macam patch tiub basikal yang pancit saja, bisa diatur.

Sepatutnya bila dah jadi macam ni, rakyat la yang beruntung pasai tak payah pi jauh dan bayaq harga tinggi gilaq babi untuk dapat rawatan. memang la rawatan di IJN tak semahai rawatan di luaq negara. Untuk tu rakyat banyak berterima kasih. Ni adalah sebab IJN tu milik Kementerian Kewangan so dia rakyat punya so depa charge berpatotan sikit la.

Tapi lani bila Sime Darby ambik alih, kalau jadi la, IJN akan jadi milik syarikat persendirian la pulak. Habaq mai sat kat aku mana ada satu pun syarikat persendirian di Malaysia ni yang objektif dia ialah untuk membuat kebajikan?

TNB yang bila dah diswastakan pun dah jadi hantu raya. Dia penaik harga karan dia dan lani tak mau turun-turun dah. Tapi pandai pulak pi bayaq kat pelobi untuk mamak tua tu dapat minum teh dengan teman sezalim dia George Bush.

Hospital pun sama jugak, bila depa dah swastakan bahagian farmasi depa, depa dok bagi ubat dari India yang banyak. mentang-mentang la nekas PM tu mai dari sana.

Bila IJN dah jatoh ke tangan syarikat private mampoih la kita semua. memang la kepakaran masih ada di sini tapi charge dia macam mana pulak? Habaq mai, berapa charge dia? Depa nak bagi diskaun ka?

Takdak satu pun syarikat kerajaan yang diswastakan yang lani perihatin kat rakyat. Ayaq pun sama. Harga ayaq pun dah naik melambung. nak berak pun kena bayaq kat Indahwater.

Ni la, celaka dia bila depa dok swastakan semua syarikit milik kerajaan. Kita yang kena terok. Pasai apa kena terok? Pasai depa swasta kat adik beradik dan anak beranak depa yang memangnya semulajadi bodoh dalam perniagaan. Bila bagi syarikat kat lembu, kita la yang terok.

Lani aku nak habaq kat hampa semua, kalau buleh jangan lah sakit jantung. Kalau buleh beli lah buku-buku DIY atau Do It Yourself dan belajaq la macam mana nak buat bypass dan transplant so bila sakit nanti buleh buat sendiri tak payah pi kat IJN dah.

Lani aku dok belajaq macam mana nak buat pemindahan teloq pasai aku tengok di Penang ni lani ada banyak oghang burot.


17 comments:

edelweiss said...

Salam,

Bila chek dapat tau pagi tadik...hati dah rasa celaghu...hangin pun ada jugak.

Patutnya depa jaga jangan sampai terlepaih...kalau dakkk...naya lah rakyat lagu nih. Bukan semua oghang mampu. Tambah lagi kalau bab jantung nih...bukannya murah rawatan.

Kalau dah jatuh kat tangan depa tuh...charges mestilah tinggi. Takkan depa nak retain charges lama...namapun dah profit, sbb tuh depa nak IJN...betoi dak?

Awat MOF dok senyap? IJN bwh MOF Inc kan? Demi kebajikan rakyat...tolonglah.

Ya Allah, dengaqlah rintihan kami rakyat Malaysia...

edelweiss said...

Anak beranak kakitangan depa....tak payah susah hati. Kebajikan terjagalah..
yang kena susah hati rakyat malaysia yang lain...yang tak dak kepentingan.

Kata Tak Nak said...

edelweiss,
Memang betoi, kita nanti kena bayaq gila-gila, depa relsk saja. Tok qan depa pun buleh pi buat free. kalu tak free pun, depa memang banyak duit haram, jadi peduli apa.

Malaysian Joe said...

Depa ni memang otak ada korang...

mungkin kot si Jib ni nak komisyen... pasai komisyen untuk eurocockter dah kena potong, terpaksa pulak ler dia ni nak cari pendapatan baru.

sorri la cikgu... gua punya BM Penang dah korupted.

Eskapisminda said...

hieee memang geram betul, gebang bagi dana sana sini juta-juta...untuk pembangunan konon. bila rakyat sakit nak kena bedah idup mati, RM10,000 pun susah nak subsidi ...akhirnya rakyat kena mengemis guna media...kesian, takdak hati perut!!

Kata Tak Nak said...

Malaysian Joe,
Woi hang punya bahasa tak karat la, no problem punya.

Kata Tak Nak said...

eskapisminda,
Apa nak jadi kat kita yang marhaen ni. sakit jantung kalu buat sendiri la, mana nak mampu dah.

alhusseyn said...

abihlah kita semua dah tadak teloq jadinya ...macamana Cikgu nak buat pemindahan nanti?

Kata Tak Nak said...

alhusseyn,
Untuk kita rakyat biasa ni saya tukaq dengan teloq kambin lebih korang sama saiz la, tapi kalau orang sarkas mai, saya pindah dengan teloq gajah, kita tengok macam mana depa jalan nanti.

Kerp (Ph.D) said...

eh cikgu, burot tu menatang apa ya?

Kata Tak Nak said...

Kerp,
Buag dongga bengkak besaq bola.

Anonymous said...

Cikgu ...

dah tangguh dah ... tapi may be lepas PRK KT nie, on balik kot ...

D'ayo

Mat Salo said...

Chegu.. ah, blog baru ni pasti akan se-popular blog KTN.

Lani mau share an embarrassing moment in Penang-speak.

Masa dok hostel mid-70s dulu kita punya club buat laa camping trip pi Penang dok kat Teluk Bahang. So as a negri/jb/pj/phg boy nak laa tayang mastery pelat Penang nih. Form 2 masa tu agak nya. Baru nak belajaq sap Benson kotak 6-stick.

So kita dok kat warong aku pun order air..

Me: Ayaq kelapaq satu!

Member kamcheng (ori org Balik Pulau): Hoi! Ayak Nyiok lah!

Lani bila ateh bas masa pulang tak abih-abih member kotoq.. Apsere.. Jumpa aje, "ayak kelapaq". Mampuih.

BTW, that member kamcheng of mine decades lates became my best man masa nikah. His parents (pencen sarjan polih) still lives in BP.

Kata Tak Nak said...

D'ayo,
Depa memang dah terkenal sebagai masters of Bangsawan.

Kata Tak Nak said...

Mat Salo,
Sepatutnya nyok, nyiok pun tak beghapa betoi. In Penang speak usually kalau dia end with 'ar' tukaq jadi 'aq' kalau end with 'a' just leave it alone.
Seghonok aku hampa dapat mai singgah kat blog mamu ni. Lani kalu aku pi kedai mamak, depa nanti panggil mamu kat aku.

acciaccatura said...

apa pun che gu, mai kita sama-sama doa none of us perlu pi IJN tu.

geram betul, tak cukup-cukup lagi duit depa.

Kata Tak Nak said...

accia,
Bagi oghang macam depa mana kenal erti istilah 'cukup'?

 

Design by Amanda @ Blogger Buster