Wednesday, December 17, 2008

Sapa Gagal Merancang?

Time time ni tiap-tiap tahun aku nanti sibuk kena ulang alik pi sekolah dok tunggu nangka gugok. Nangka dia ialah nama-nama cikgu yang kami nak dapat dan opsyen depa. Memang penin kepala punya, pasai sampai ke lani belum dapat complete set lagi.

Ni yang buat aku geram. Aku tak salahkan JPN pasai depa hanya buleh bagi bila depa dapat dan depa buleh bagi yang depa dapat saja.

Maksud aku macam ni. Kementerian ni dengan pengarah-pengarah depa mau sekolah selesai semua sebelum sekolah bukak. Kununnya, hari pertama budak-budak dah buleh mula belajaq dah. Memang la bagoih kalu macam tu tapi nak dapat keadaan macam tu, depa kena bagi kat sekolah jumlah cikgu yang cukup mengikut opsyen yang sekolah perlu.

Lani tinggai tak sampai 3 minggu lagi tapi cikgu dia mana? JPN buleh hantaq cikgu yang depa dapat dari kementerian saja. Kami dapat la beberapa cikgu baru tapi di belah petang kami dok short lagi 2 oghang.

Yang aku tau, tak dak sekoq pun cikgu ospyen English yang keluaq tapi depa hantaq mai dekat 4 ka 5 oghang yang opsyen English. Buat apa hantaq depa ni semua? kami tak perlu depa. Mungkin sekolah lain mau tapi kami dah cukup dah.

Kami di petang dari tahun lepaih lagi short guru KH sangat-sangat sampai terpaksa tangkap muat. Bila tangkap muat biasalah kualiti akan compromise. Tahun ni, soghang guru KH petang kena pi pagi sebab guru KH pagi kena tukaq. Kami di petang lagi la terkemut-kemut tak cukup ckg KH. Depa hantaq mai cikgu English belambak macam mana nak bagi depa tu ajaq KH?

Dah lah depa hantaq opsyen tak betoi, depa hantaq tak cukup cikgu pulak. Aku dok short 2 oghang cikgu belah petang dan aku kena buat jadual dah. Tiap-tiap tahun memang macam ni, sampai sekolah nak bukak depa tak hantaq lagi jumlah cikgu yang cukup. Memang la macam dulu kami nanti namakan ckg ckg yang belum di hantaq ni Guru X, Y, dan Z dan abjad lain ikut beghapa yang perlu.

Bagi nama A B C ka X Y Z ka memang senang tapi nak bagi matapelajaran apa kat oghang-oghang tak bernama ni? Biasanya kami bagi la mengikut apa yang kami perlu tapi tak pernah depa hantaq mengikut apa yang kami mintak. So macam mana?

Jawabnya lepaih sekolah bukak, sebab guru yang depa hantaq tak sama dengan keperluan kami, jadual kena rombak semula la. Jenoh kena pujok ckg-ckg ajaq matapelajaran yang depa tak pernah ajaq.

Ada tahun tu, sekolah dah bukak sampai sebulan tapi ckg masih tak cukop. Yang aku geram ni, depa yang di ataih ni selalu kata kat kami kena buat perancangan. Cakap pandai, failure to plan is planning to fail la kunon. memang sedap dengaq tapi macam mana dengan depa punya planning? kalau depa punya planning tip top perkara macam ni tak akan berulang tiap-tiap tahun.

Aku dah ajaq banyak sekolah dan dok buat jadual waktu bagi banyak sekolah dan aku tengok semua sekolah ada problem macam ni. Kepala yang memang dok botak ni lagi cepat la botak sebab dok pusin sini dan pusin sana nak bagi semua jalan elok.

Yang aku dengaq daripada ckg sekolah lain, depa pun tak cukup guru KH jadi sapa yang fail to plan ni? Mana pi planning dalam latihan sampai ada kekurangan yang acute sampai macam ni?

9 comments:

nik awin said...

la...berlebih cikgu BI ka?sekolah saya ade 2 ketul je cikgu english..habih pulun lintang pukang..
bila dah cukup cikgu english..mula la pihak pentadbiran arahkan cikgu ETEMS ni celup-celup ajar english..silibus mana melayang tak tau

sekolah saya bertimbun cikgu BM,masalahnya cikgu yg transfer keluar cikgu ETEMS..ntah ape2..ni semua pasal main kabel-kabel..nak sekolah tu ini,ingat sekolah ni mak ayah dia punya? main sumbat je kat sekolah..

bila result jatuh,semua orang tunding jari..pada siapa?cikguuuu, la jugak

~mana aci!

Kata Tak Nak said...

nik awin,
Nampak sangat orang kita ni pandai planning. Sekolah biasa ni semua sekolah anak tiri. Sek Asrama Penuh tu semua dapat dulu lepas tu baru bagi kat kita.

Saya ada dengar dari kawan yang transfer ke Terengganu yang sek dia jugak guna guru ETEMS untuk ajaq English. Macam mana ni.

Lagi satu, sek saya ada 5 uztazah dan takada uztaz tapi di sek lbh kurang 5 km jauh ada sampai 3 uztad. Hantaq la satu mai tempat kami, bukan la jauh sangat.

nik awin said...

salam..sekolah sy pun xde ustaz..
lani nak baca doa..suruh budak thn 6 je..
cikgu lelaki 4/25 orang..sume tolak tak mau jadi imam/pbaca doa

~haru

Kata Tak Nak said...

nik awin,
masalahnya distributionnya tak betol. bukan tak cukup, tapi agehannya pilih kasih. sekolah pun ada yang PPD suka dan PPD tak suka, naya la kalau kita di sek yang PPD or JPN tak suka.

Anonymous said...

Lepas tu, puak-puak saing saya (PIBG) tahu nak komplen je ... apasal result teruk, cikgu tak dedikasilah, cikgu dulu tak macam cikgu lanie ... tapi jangan jentik anak saya, nanti saya saman ...

D'ayo

Kata Tak Nak said...

D'ayo,
Oghang yang cepat nak seghang ni biasanya nak menutupkan kelemahan diri sendiri. Bukan aku nak kata kualiti education kita tak jatoh, memang jatoh, ni adalah sebab perancangan oghang2 bijak kita tu. 8 markah pun buleh lulus fizik, endlish, bio, kimia, akauns. Apa semua ni? Untuk nak popular?

dinkoi said...

Aku baghu terjumpak blog melayu hang nie, kalu blog oghang putih hang, aku ada pi jenguk jugak, tapin aku tak gheti nak menulih dalam bahasa england tu, baca bleh la sikit-sikit,tu pun kadang-kadang kena jugak chek kat encarta. Kalau cikgu KH slokah hang tak cukup,blehlah aku pi sana, tapi dengan satu sarat, tol dan petrol hang bagi. Awat hang tak buat jadual guna program yang ada kat komputer? skolah aku depa guna dah lebih 10 taun, dulu masa Khor Ah Seng dok buat jadual guna komputer, cikgu ghamai jugak komplain kat dia, tapi dia kata komputer tak dak perasaan. jadi kamipon sengap. Tapi la nie memba aku buat jadual guna program yang sama, ok lah jugak.kalau depa nak buat jadual baru senang sikit tak payah buat dari mula. "SELAMAT TAUN BHARU" Salam kat mem dan anak cucu hang.

Kata Tak Nak said...

dinkoi,
Aku memang guna komputer utk buat. Aku tak guna dah software yang gomen bagi punya. Yang tu singapore punya dah beghapa belaih taon umoq dia. Yang tu pun DOS-based program. Aku guna ASC. Yang ni sempoi punya.

Yang jadi masaalah bun problem ialah depa tak hantaq ckg mai sek awai2. Kadang2 lepaih hantaq nama, kita buat jadual, lepaih tu depa tukaq oghang tapi opsyen tak sama.

dinkoi said...

kalu macam 2, hang bagi aku kopi la progran JW 2, bulih aku bagi kat depa trai

 

Design by Amanda @ Blogger Buster