Friday, December 26, 2008

Kita mati takpa, kita kena tulong depa.

Mak: Amiiiin! Dok buat apa tu?

Amin: Chek dok buboh nasi mak, chek lapaq ni.

Mak: Oh, bila lapaq baghu hang tau balik no? Kalu tudak hang dok meghayau meghata.

Amin: Ala mak ni, asai chek balik saja, mak beletiaq, chek balik saja mak beletiaq, nanti cheq laghi pi luaq negeghi baghu mak tau.

Mak: Hang nak laghi pi luaq negeghi macam mana? Duit sekupang pon tak dak dalam poket?

Amin: Cheq ikot Mat Afrika tu semua pi juai dadah baghu mak tau.

Mak: Ha, bagoih la, hang pi la, pi ikot depa, kot kot depa pi juai hang jadi hamba baghu hang tau. Aieee! awat hang amik lauk ayam tu, letak balik, hang letak balik dalam peghiok tu.

Amin: Awat pulak kena letak balik dalam peghiok tu? Dah mak masak chek makan la.

Mak: Awat la hang Amin oi? Tu la hang asyik takdak di ghumah sampai tak tau pasai apa mak masak lauk ayam ni.

Amin: Nak tau buat apa? Dah ada kita makan la. Bukan selalu mak masak lauk ayam, asyik dok ikan puyu tangkap sendighi saja, chek pun tak lalu dah.

Mak: Lani hang boh balik dalam peghiok tu. Haghi ni mak tak masak ikan puyu, mak masak ikan sepat, tadi bapak hang tangkap di ban tu. Pi makan ikan sepat dengan teloq goreng tu.

Amin: Apa ni mak? Ikan sepat pun chek dah jemu dah. Haghi-haghi dok makan yang tu saja. Ni lauk ayam ni mak masak buat apa? Nak buang ka?

Mak: Amboi mulut hang Amin, nanti mak cabai bagi baghu tau.

Amin: Dak la mak, kalu tak buleh makan, mak masak buat apa?

Mak: Tu la Amin, hang tak dok ghumah, tak tengok berita di tv, tak baca utusan, berita harian, hang tak tau apa dok jadi.

Amin: Apa yang dok jadi mak?

Mak: Baghu ni mak dengaq berita, Timbalan Perdana Menterghi kata, Malaysia nak tulong oghang-oghang Melayu yang dok di luaq negeghi tu. Kalu ada Melayu luaq yang susah kita nak tulong depa. Mak ghasa bangga la Amin.

Amin: Tu apa ada kena mengena dengan lauk ayam tu? Awat TPM sughuh hantaq pi luaq negeghi?

Mak: Mana cabai tu, aku tonyoh mulut hang baghu hang tau. Dak la, mak ni tak mampu la nak tulong oghang Melayu yang dok di luaq tu tapi pasai mak kagom dengan TPM tu, mak dah buat keputusan nak masak lauk ayam haghi, haghi, dan bagi kat oghang-oghang kampung sebelah tu yang miskin.

Amin: Oh, mak masak lauk ayam kat depa, kat anak sendighi mak bagi lauk ikan sepat dengan telok gheboih saja? Bagoih la mak.

Mak: Awatnya? Kita kan nak tulong oghang? Kan bagoih lagu tu?

Amin: Mak, kita tulong dighi kita dulu, kalu ada lebih baghu kita tulong oghang. Awat oghang Melayu Malaysia ni kaya raya sangat ka, yang TPM kita nak pi bantu depa. Tulong oghang Melayu sini dulu la.

Mak: Aih! Tak baik tau hang kata kat dia macam tu. Ha, abang, bila abang balik? Dok dengaq kot Timah dok beletiaq kat Amin ni.

Bapa: Dah lama balik, aku dengaq semua yang hang cakap.

Mak: Tu la abang nasihat la sikit kat Amin ni, biaq dia jadi manusia sikit. Kita nak tulong oghang miskin di kampong sebelah pun dia tak setuju.

Amin: La pak, tengok la mak ni. Masak lauk ayam sedap-sedap nak bagi kat oghang, anak sendighi tak makan ayam.

Mak: Ha, sudah, sudah. Ha abang banyak dapat duit juai ikan sepat tadi?

Bapak: Dapat banyak jugak, harga ikan sepat lani bagoih jugak.

Mak: Bagi sikit abang, Timah nak pi pekan petang ni.

Bapak: Laaa! Awat tak habaq tadi, abang dah bagi kat oghang miskin di kampong sebelah tu, kesian kat depa.

Mak: Apa? Abang bagi kat oghang kampong sebelah? Yang kita tak dak duit ni, abang tak ingat?

Bapak: Hai! Timah buleh masak lauk ayam nak bagi kat oghang kampong sebelah dan sughoh anak sendighi mentekedaghah ikan sepat haghi=haghi tak pa?

Mak: Uh, mm, errr, uh, uh, tak aci la macam ni?

Bapak Tu la Timah lain kali pikiaq sebelom nak buat apa pun. Yang TPM tu cakap politik saja, nak menang hati oghang Melayu, dia kata la macam-macam. Bukan betoi pun dia cakap tu. Dia sendighi tau yang dia cakap tu tak betoi tapi dia tau ada Melayu macam Timah ni percaya bulat-bulat dengan cakap dia. Kalu menteghi cakap saja mesti betoi. Bukak la otak tu sikit. Jangan dok jadi bodoh nak pecaya cakap depa tu semua.

Mak: Tu yang abang bagi duit kat oghang kampong sebelah tu takpa?

Bapak: Dak aih, abang tak bagi, abang saja pelemah, nak ajaq Timah sikit. Sudah, Amin, pi makan lauk ayam tu.

2 comments:

Anonymous said...

Salam cikgu, Itu TPM ingat oghang Melayu semua bodoh sangatkah? Kalu bodohpun tak bodoh macam tu ! Cakap macam tu tak guna akai sikitpun. Depa ingat menteghi cakap semua betoi, kita oghang semua ikut menteghi bodoh.Biak pi kat dia bagi satu dunia gelak kat dia. Nanti bagi Kak Mah luku kepala dia pasai bodoh sangat. Macamana nak jadi PM ? Tak guna dua sen pun.

Kata Tak Nak said...

Anonymous,
Tu la, depa dok pebodo kita macam la, kita tak pi sekolah. Depa ingat kita nak telan bulat-bulat semua taik yang keluaq daripada mulut depa. Utusan dengan Berita pulak nanti dok jaja benda ni meghata nak kata kita ni terer la pulak. Terer apa nama pulak kalu oghang luaq depa nak jaga, kita depa nak pejegha.

 

Design by Amanda @ Blogger Buster