Sunday, January 4, 2009

Bukan pancin tapi kencin

Tadi aku ada la terbaca dalam mana entah pasai satu menteri ni. Menteri muka tembok ni kata yang BN tak pernah guna duit pembangunan untuk memancin undi. Aku punya la tergelak sampai nak jatoh korsi aku.

Kalu tak guna untuk pancin undi hampa guna untuk pancin apa? Pancin aci ka? kalu pancin aci ajak la aku sekali, jangan la nak makan sorang-sorang, jangan la dok pi gagau sorang-sorang di cigar bar mana-mana.

Awat haprak ni ingat kita rakyat Malaysia ni bodoh macam mana entah? Awat dia ingat kita ni bodoh macam dia kot? Dia ingat dia luah saja daripada mulot dia, kita ni akan pecaya bulat-bulat apa dia kata?

Tak payah teka la pasai apa dia kata yang tu. Lani kan depa dok demam nak buat pilihanraya kecik di Kola Trengganu, so berduyun-duyun la menteri turun pi sana. Yang tak pernah jejak kaki kat sana pun pakat dok pi. Yang tak paham loghat Trengganu pon  dah pandai makang ikang atah jalang dekak dewang maktab perguruang kemamang.

Bila dah ada di sana takat cakap saja guna ayaq lioq mana buleh. Dan dan depa lulus bantuan. Jalan tar yang kemarin 1 menteri baru siap tar, menteri lain pulak order suruh tar lagi sekali, kununnya tak elok yang dulu.

Kalu buleh ban di sawah padi tu depa nak buboh batu marmar bagi sejuk sikit. Yang tu kalu tak pancin undi pancin apa ka benda pak menteri oi?

Awat sebelum kawan tu mati hari tu tadak sapa pon nak tar sini tar sana? Toksah kata menteri persekutuan, exco-exco negeri pon buat tak tau saja. Mati saja kawan tu, kalu buleh belum tanam mayat tu lagi depa nak tar kuboq-kuboq tu sekali.

Oi Pak menteri yang terkenal gedebenya, jangan la nak pelotaq di sini. Hang nak bagi peruntukkan untuk pembangunan, bagi la. Kami tak kata apa pon. Memang bagoih pon apa yang hampa buat. Bagi pembangunan kat rakyat tu memang baik tapi bila bagi dengan ucapan-ucapan yang membohong tak habih-habih tu kira kureng sikit la.

Awat hampa ni tak ingat kat Allah ka? Kan Dia dah pesan jangan dok cakap bohong? Kan Dia dah pesan buat apa pon mestilah ikhlas? Ni ikhlas apa bila bagi sambil bohong?

Tapi nak heran apa dengan puak-puak ni, setakat cakap bohong tu memang sarapan depa la. Merompak dan menyamun tu lunch dan memfitnah dan tikam belakang ataih bawah tu dinner depa.

6 comments:

Anonymous said...

Salam cikgu, Lah bukan dah aku dah cakap. Menterghi-menterghi ni ingat oghang melayu semua bodoh-bodoh macam kerbau.TPM tu hari pun minta kita tolong oghang melayu luar negeri.Depa lupa oghang melayu dah naik roket ke langit pun. Masih dok ingat oghang melayu dok zaman hang tuah,boleh ditipu sini sana. Depa tak belajaqkah itu PR lepaih? Dah kalah teruk pun tak mengaku. Tulah semua menterghi BN semua sama saja. Cakap tak laku sekaypiangpun. Tunjuk lagak saja, otak taik.Buat sakit hati saja kalu nak dengaq cakap depa cikgu.Bagi kat diaoghang mana ada lagi tuhan.Cakap bohong biasalah. Yang penting dapat apa depa mau. Yang lain belakang kira. Sori cikgu tercakap 'belakang' takut ada orang rasa pula.Biak pi bagi oghang gelak kat depa. Menterghi bodoh. Just my 2 sen.

Unknown said...

Anonymous,
You punya 2 sen nilainya 2 meliyon. Memang depa bahalol dan ingat kita tolol dan tongok dan gelojoh macam depa. Ptuuiih!

Anonymous said...

betoi2 cikgu..Najib pun cakap macam orang takabur..katanya"kalau nak pembangunan,undi BN" jadahnya..saya ghasa mana2 kerajaan pun nak bangunkan negara dia,cuma lani depa dok sekat duit,2 yg kerajaan negeri yg PR menang tak boleh nak buat apa-apa..zalim sungguh puak-puak nie..hehehe...lagi satu,depa boh tar,panggil geng2 depa,masuk pocket depa comisyen,pi mai pi mai,kita hat dok x pi mana..hahahaaa...

Unknown said...

cipan goreng,
Jenih macam tu la yang suka membohong kat orang dan paksa orang percaya kat depa. Piiirah mak kali hampot.

mem-Besar said...

Salam Cikgu!! seronok pulak baca blog cikgu ni .. tapi den orang noghori jadi payah sikitlah nak ikut slang penang ni .. tapi takpo den faham dan enjoy.

pasal montori2 ni cikgu dorang ni memang biasolah .. cakap tak serupa bikin .. bikin pulak tak cakap2 .. ada tu pulak cakap saja tapi tak bikin2 .. lagi teruk tak cakap2 dan tak bikin2 .. makan gaji buto!!

Unknown said...

membesar,
Saya suka yang cakap pun dak bikin pun dak. Yang ni patot mau pancong kepala tak guna hidup.

Anyway, selamat datang dan thanks kerna sudi komen mengomen.

 

Design by Amanda @ Blogger Buster