Thursday, January 22, 2009

Ekonomi mesti dirangsang dari luar.

Menteri: Oi Datin Joyah oi, you nak pi London tak hujung minggu ni?

Bini: Hai, buang tabiat ka laki aku ni? Tak tentu pasai tanya aku nak pi London ka tak minggu ni? Tabiat nak mampoih ka abang oi, tiba-tiba tanya orang nak pi London ka dak?

Menteri: La bila orang tanya hang beletiaq, bila tak bagi hang mogok, awat dengan hang ni?

Bini: Dak la bang oi, last sekali Joyah pi London abang mengamok sampai sorok Paspot Joyah, lani tanya pulak.

Menteri: Aku nak tanya last punya, hang nak pi ka tak? Kalu tak jawab aku bagi kat Timah.

Bini: Ha! Apa! Nak bagi kat Timah bini nombot 2 abang tu? Heeeee kalu ada C4 kan dah lama Timah jadi tepong. Joyah nak pi. Banyak ka duit abang tu nak suruh Joyah pi cuti atau abang nak kawin satu lagi bila Joyang pi London.

Menteri: Hang jangan cakap banyak la. Kami Menteri-menteri semua dah pakat nak hantaq hampa semua pi shopping di London. Beli la banyak mana hampa mau. Kalu nak sewa kapai terbang nak bawak balik barang pun buleh. Kalu tak cukup, kita sewa kapai laut, buleh buboh banyak lagi.

Bini: Abang, abang, kalu nak singgah di Paris buleh tak?

Menteri: Bukan kata Paris, hang nak singgah di Kathmandu pun buleh.

Bini: Kathmandu tu mana abang?

Menteri: Awat hang suka banyak soal sangat? Pi siap, sat lagi abang bagi balik paspot hang.

Bini: Saja la nak tanya abang, banyak ka duit yang abang dapat di Terengganu tu sampai balik suruh Joyah pi shopping?

Menteri: Yang Terengganu punya ada la sikit tapi tadi kerajaan dah bok keluaq arahan arahan suruh semua kementerian belanja duit dengan cepat sebab nak rangsang ekonomi.

Bini: Joyah tak la pandai sangat abang oi tapi ekonomi negeri mana yang dia nak rangsang abang? Malaysia ka England?

Menteri: Tu la hang bodoh, kita beli barang di sana banyak-banyak bagi depa kaya, lepaih tu depa ada la duit beli barang daripada kita. Bila depa beli barang daripada kita baru lah ekonomi kita terangsang?

Bini: Kan elok kalu kita beli teroih daripada negara kita sendiri? Tak la duit kita kluaq negara?

Menteri: Amboi, amboi amboi, nak buat pandai pulak dia. Awat hang pakar ekonomi sangat ka? Ni kami la yang betoi-betoi pakar ekonomi. Kami la yang pelingkop ekonomi kita. Abang dah order dah 5 Mercedes dengan 3 bungalow. Hang mau ka?

15 comments:

Aboo said...

Cikgu,

Tukar template lagi?! huhu

Kata Tak Nak said...

Ya, sebab tu saya di gelar nazir tukar template khan.

:: Aku :: said...

eheheh...awat ngong sangat pak mentri tu..?? kalau dok perabih duit kat negara org laen, bila masa ekonomi negara sendiri nak maju...

kot2 dia bleh rangsang ekonomi mlaysia lebih baek kot dengan perabih duit beli tiket kapai trebang banyak2...

mampuih laa macam tu...

memBesar said...

hahahahahah sakit perut makcik baca entry hang ni .. lagu tu naa menteri msia ni punya fikiran.. patutlah hancoqQ !!

Kerp (Ph.D) said...

hehehehe...kepimpinan melalui teladan- mana2 bini boss shopping, depa2 ni kena la ikut pungkoq besaq dia.

Kata Tak Nak said...

Aku,
Pak menteri kita akan cari apa saja jalan untuk belanja duit rakyat untuk diri sendiri.

Kata Tak Nak said...

memBesar,
Perkara yang akan mengejutkan ialah apabila menteri2 kita fikir tentang rakyat lebih daripada diri sendiri.

Kata Tak Nak said...

kerp,
Memang depa ikut pungkok besaq bini depa tapi pada masa yang sama depa dok usyar pungkok pompuan lain.

Kerp (Ph.D) said...

bukan cikgu. saya maksudkan pungkoq besaq boss depa, kak rosie.

heheheh...

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Hmm...camni, den pun nak pi London gak lah! Tapikan, duit kek poket den cuma cukup untuk pi London kek Molako tu ha...Lendi! ;(

cipan goreng said...

hahaha..baguih-baguih menteri kita nie kan..tp paling best bila tengok iklan big mama kat telibisyen,sumbanglah untuk GAZA...kah3...ka sumbang kat dia nak pi soping...baik saya bagi kat persatuan buda ka,tabligh ka apa,dah tentu depa pi palestine sendiri serah duit tuh..ni bagi kat depa nie,bila tanya duet pi mana,depa kata pi wisma putra,nnti dorang uruskan..kah3..gila lawak keldai depa nie..duit Tsunami pun ntah pi mana..huish...mentang-mentang rakyat kita pemurah..k la cikgu,saya nak pi mintak sedekah nie,doakan kejayaan saya

Kata Tak Nak said...

Kerp,
kak rosie punya bukan digelar pungkoq lagi, yang tu dah masok dalam kategori peti ais.

Kata Tak Nak said...

Shah,
Cukup la pi London Melako asaikan dengan duit halal.

Kata Tak Nak said...

cipan
Betoi aku takkan bagi kalu depa mintak derma. Duit derma Tsunami dulu dah banyak depa sebat. Kalu ada persatuan lain kutip aku buleh bagi.

Anonymous said...

SILA LAYARI LAMAN WEB KAMI UNTUK MENDAPATKAN PELUANG PERNIAGAAN DI BIDANG IT http://www.kltp.net/b29

 

Design by Amanda @ Blogger Buster