Saturday, December 20, 2008

Ada suka. Ada tak suka.

Lani semasa aku tengah dok taip ni, di ASTRO dah tamat dah lafaz nikah Mawi. Lani depa dok cakap apa entah la. Aku bukannya gemaq sangat benda-benda macam ni tapi aku kena outvote oleh bini dan anak pompuan aku. Lagi pun biaq pi kat depa la, takkan depa nak tengok yang tu pun aku nak control. Buleh dikatakan acara ni acara yang paling happening sejak kebelakangan ni so tak elok la kalu aku nak control dan larang depa.

Kita ni kena lah adil kat depa, tak kan sampai yang ni pun depa tak buleh tengok? Lantak lah. Lagi pun aku buleh sambil-sambil tengok sama kot-kot buleh dapat ilham untuk menulih.

Yang aku nak tulih ni ialah pre-occupation oghang kita, terutamanya oghang Melayu dengan dunia glamour ni sampai satu majlis perkahwinan soghang bekas budak FELDA pun dah jadi satu upacara yang dinanti-nantikan.

Yang aku tau, ghamai yang tunggu nak tengok mainly kerana 2 sebab. Sebab pertama ialah depa minat sangat dengan personality yang diperagakan di TV tu. Missus aku memang peminat setia Mawi, termasuk lah kedua anak pompuan aku. Dulu aku pun masa AF tu, memang minat dia tapi lani, aku tak kisah sangat.

Yang minat ni bila depa tengok, kita buleh nampak depa dok senyum soghang-soghang. Yang tu kira tanda restu la tu.

Yang satu lagi group utama yang tengok upacara ni ialah depa yang benci kat personality tu. Depa benci tapi nak tengok jugak. Aku, kalu benci, sampai mati pun aku tak tengok dah. Macam ni la, kalau Mahathir mai melawat di kuarters ni, aku sanggup pi minta suaka di lokap polis dari duduk ghumah tengok muka dia.

jadi yang benci tadi ni, depa dok tunggu dan tengok kot-kot ada apa-apa yang cacat dengan majlis, atau pun make-up tak betoi ka atau Mawi terlupa zip seluaq dia sampai nampak anu dia ka atau apa-apa saja yang depa buleh buat ceghita la. Benda yang tak dak pun depa akan bagi jadi ada.

Pemberita pun dok tunggu dengan suspen kot-kot berlaku sesuatu yang di luaq jangkaan untuk dijadikan berita. Kalu tak jadi apa-apa maka, tak best la.

ASTRO pun apa lagi? Depa ambik kesempatan untuk nak buat duit, cari sponsor sini dan sana. Freddie Fernandes pun tak lepaih peluang, dengan baju Melayu warna hijau dan songkok dia dok harap jangan lah Ekin nak jadi manager Mawi pulak.

Yang aku dengaq daripada anak aku, ada macam-macam acara lagi yang akan ditunjukkan secara live. Majlis resepsi la, majlis resipi lah dan entah apa-apa majlis lagi. Yang tu semua lantak pi kat depa lah. Depa ada duit, depa ada sponsor biaq pi kat depa lah. Yang aku dok tunggu ialah satu upacara istimewa.

Aku dengaq kunun-kununnya depa nak buat 'pay per view' untuk upacara 'malam pertama'. Dengaq kata, di bilik siap di pasang kamera dengan lighting. Diambik pulak Steven Spielberg untuk direct aksi-aksi malam tersebut. Betoi ka tu?

Apa pun, Selamat Pengantin Baru semoga berkekalan sampai ke anak cucu. Satu lagi, terima kasih la, pasai bagi modai kat aku nak tuleh.

13 comments:

Anonymous said...

pay per view utk malam pertama??
WOW..beghapa ghingit kena bayaq tu cikgu??
kalau mahai,tunggu kuaq cd cetak rompak r..
hahahahaaaa....
pelik betol,skrng artis menjadi idola..apa yg depa ada pn xtau la..atok saya kata zaman2 dia muda dl,artis ni kira gheja rangking bawah sekali la,tiba2 dah tua artis jadi sanjungan lak..pelik,pelik...atok saya lagi la pelik,hahaha

Anonymous said...

Salam cikgu.. Baguihlah tu kalu ada gambaq depa oghang buat malam pertama. Pasai oghang muda pon buleh belajaq kat depa style balu.Ni idola depa. My 2 sen cikgu.

Anonymous said...

memang oghang kita suka layan benda tak penting ni lebih-lebih no?

tapi sampai lani pun oghang panggei Ina Mawi, tak panggei pun Ekin Mawi. Heeheehee....

Anonymous said...

Bestnya zaman lanie, boleh belajar dari idola through TV lagi ... tak macam time saya dulu, kena belajar nyook-nyorok through Mona Gersang and kitab Mutiara Yang Hilang ... idola belajar tang mana pulak?

D'ayo

Kerp (Ph.D) said...

cikgu,

sabtu lepas kawan saya ajak gi tgk barang kat kota damansara. saya kata saya malas sebab hari sabtu parking kat situ horror ke tahap maximum. kawan saya reply, kata dia minggu ni tak sesak sebab melayu semua dok rumah tengok Mawi kawin...hehehhehe...

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu,

Mawi ni hero Melayu di alaf baru ni. Jadi kalau kita buat-buat tak suka pun kita sebebnaqnya mana boleh larikan diri dari hero kita. Walaupun kita kata dia buka hero kita tapi bila kebanyakan orang Melayu dah kata dia tu hero Melayu untuk alaf ini dan untuk hari ini, maka terpaksalah kita mengalah dan terima juga dia sebagai hero kita. sebab tu walaupun tangan nak tekan tukaq chanel lain tapi sudahnya tertekan jugak chanel mawi menikah :)

Wassalam

Man

Unknown said...

Cipan,
Alamak, depa tutup lampu la. Rugi bayaq banyak2.

Unknown said...

Anonymous,
Depa pun oghang muda, dok meraba jugak.

Unknown said...

Accia,
So Ekin is still second best la nu?

Unknown said...

Anonymous,
Tak payah belajaq kat artis, cikgu ni ada, buleh ajaq.

Unknown said...

Kerp,
Cannot be as deserted as Muhammad Ali's fights.

Unknown said...

Anonymous,
Oghang Melayu ni masih tak jumpa hero yang tepat. Bukan kata Mawi tak buleh jadi hero tapi kan baik kalu dapat hero yang betoi2 hero?

Kawe tak gaduh said...

Abg KTN

Jgn doa sampai ke anak cucu! Doa sampai habis hayat sbb perangkaan Jbt Agama Islam ramai juga warga tua yg bercerai.

kawetakgaduh@gmail.com

 

Design by Amanda @ Blogger Buster